Friday, December 24, 2010

Sepi..

Sayang..
Aku rindu..
Aku sepi..
Aku lemah..
Tanpa mu di sisi..

Tapi..maafkan ku..
Bukan sengaja ku menyepikan diri..
Bukan sengaja ku menghindarkan diri..

Tapi..kerna aku..
Sayu kala mendengar suara manjamu..
Pilu kala menatap gambar-gambarmu..
Kelu kala melihat kata-katamu..
HeRe FoR mORe.. (",)

Wednesday, December 1, 2010

Silent Follower..


Setelah hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan demikian lah, baru aku sadari, dah tiga bulan rupanya aku tak blogging. Mungkin ada yang akan berkata kerana ketiadaan ilham, atau masa yang tidak mengizinkan, atau..macam-macam lagi lah yang boleh diimaginasikan oleh manusia. 

Ya, memang adakalanya kerana aku ketandusan idea. Tapi seringkalinya idea mencurah-curah dalam benakku, hanya masa, tempat dan situasi yang tidak mengizinkan. Lagipun, terkadang aku fobia untuk menulis sebenarnya. Fobia kiranya nukilan aku disalahertikan lagi..ditokok-tambah..dicanang-canang dengan assumption yang direka sendiri ke sana ke mari, dan seringkali pula dijadikan isu untuk bertikam lidah dengan seseorang yang amat aku sayangi iaitu C (bukan nama sebenar). 

HeRe FoR mORe.. (",)