Thursday, February 3, 2011

Pemergian yang tak di duga..

Dalam kegelapan kamar, aku meraba-raba bedside table untuk mendapatkan handphone ku sejurus sedar dari lena..perasaan bercampur-baur bila melihat nama Farah tertera di skrin handphone ku. Entah telah brape lama Farah mendiamkan diri dariku..sms2 ku tak pernah berbalas, panggilan telefonku pula tak pernah dijawab..dan tiba-tiba pagi ini ku terima satu sms darinya. Tanpa membuang masa, dengan mata yang bagaikan masih melekat, ku terus membuka inbox ku dan membaca sms itu.

Tergamam aku seketika. Bagaikan panahan halilintar menjurus tepat ke jantung ku, mata yang sepet tadi terbuka luas. Sms itu membawa khabar yang tidak pernah terduga di benakku..berita yang tak ingin aku percayai..berita yang amat memedihkan..

"Inalillah..", akhirnya terpacul khalimah itu di bibir ku.
HeRe FoR mORe.. (",)

Friday, January 28, 2011

The Way Back..



After few days ikat perut, al-Hamdulillah, I finally got da chance to watch a movie yesterday..After a while din watch any movie, I decided to watch 'The Way Back' since it sounds like da newest to me than da rest in my latest 2-weeks list, and of coz, the choice has been influenced metaphorically by da actors..heh heh..


To be frank, this is da first time that I dun even managed to read da sypnosis of a movie before I even select it to be in the list to watch..i really had no idea and blurred of what we r gonna watch..hehe..

Well..lets waste no time and let me share with u bout those things that I like about da movie. This is sumthing of coz not so 'wow' movie to some of u..but for me, it is sumthing..ermm..i dun even know how to express it, but at least it had been listed to my “fav to re-watch” list..heh heh..(“,) or lets just make it simple, one of my favorite’s.. ;p What’s in it ya? Well..It’s about da determination of mankind to survive despite of da unforgiving wilderness world that we are facing, not to give up easily, and how significant impacts out of little advantages/weaknesses can each of us contribute in order to achieve something that we all have in common.

HeRe FoR mORe.. (",)

Wednesday, January 19, 2011

Project Bersukan..

Well..firstly, of coz aku memanjatkan kesyukuran pada Dia kerana akhirnya niat ku untuk 'bersukan' terlaksana..hehe..bkn sukan pe pn..jogging je..heh heh.. Smalam seperti yang dirancang, aku, Lis dan In telah memulakan hari pertama jogging di Tasik Permaisuri (TP). Sebenarnya, rancangan itu hampir gagal gara2 hujan di sekitar kawasan KL termasuk lah kat TP tuh. Tapi kerana azam yang kuat dan tak nak berputus asa, aku menggesa Lis dan In untuk meneruskan pertemuan di TP walaupun pada awalnya, In telah memaklumkan hujan tengah turun dengan lebatnya di kawasan TP. Al-hamdulillah, dengan izin-Nya, hujan mulai reda ketika aku semakin menghampiri TP.

Sebaik sahaja In tiba, tanpa membuang masa, kami pun bergerak ke tasik. In dah mula jogging perlahan-lahan, sementara aku dan Lis hanya berjalan terlebih dahulu kerana telah lama menahan rasa hendak terkucil..hehe..Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, kami pun berjalan perlahan-lahan dan kemudian memulakan jogging. Huh..sebagai permulaan, tak sampai beberapa ratus meter, aku dah mula rasa tercungap-cungap. Ish ish ish..betapa teruknya stamina aku sekarang. Selepas jogging seketika, aku berhenti dan berjalan-jalan mengambil nafas. Seringkali, aku terpaksa tinggalkan Lis di belakang kerana pabila aku cuba berhenti, kaki ku akan terasa sakitnya. In pula telah berada jauh di hadapan meninggalkan kami. Kagum aku dengan staminanya. Lariannya tidak lah begitu laju, tapi staminanya sangat lah jauh bezanya dengan aku dan Lis.

Selepas membuat 2 pusingan larian, Lis dan In berhenti, manakala aku pula terus berjalan untuk pusingan ketiga. Seperti 2 pusingan awal, aku akan berselang-seli berlari dan berjalan apabila kepenatan. Sebaik meregang-regangkan badan, kami pun beredar ke Q-Bistro di Bandar Permaisuri untuk menikmati mkn mlm. Seperti biasa, aku dan Lis berkongsi nasi, In pula hanya menjamu selera dengan roti bakar. Selepas makan, kami kembali ke TP untuk menunaikan fardu Maghrib dan Ishak di surau yang disediakan di situ.

Al-hamdulillah, berjaya juga..desus hati ku. Mungkin nampak remeh, tapi ntah brapa lama sbnarnya dah aku nantikan saat-saat ini.

"Kalau boleh, buat lah tiga kali seminggu sekurang-kurangnya," nasihat In pada ku.

Akan ku cuba..x sabar rasanya menunggu sessi jogging seterusnya..walaupun di ketika ini, peha ku semakin terasa sakitnya bila nk duduk dan nk bangun, mahupun berjalan..

Apapun thank you Lis, kerana sudi nk menjayakan project bersukan ini, dan untuk kasut kita yg sama comey itu.. (",)

Dan tentunya thank you In, kerana inspirasi mu, dan kerana sudi nak join dalam project bersukan kami ini.. ;p

Jom, jom..next..

Friday, December 24, 2010

Sepi..

Sayang..
Aku rindu..
Aku sepi..
Aku lemah..
Tanpa mu di sisi..

Tapi..maafkan ku..
Bukan sengaja ku menyepikan diri..
Bukan sengaja ku menghindarkan diri..

Tapi..kerna aku..
Sayu kala mendengar suara manjamu..
Pilu kala menatap gambar-gambarmu..
Kelu kala melihat kata-katamu..
HeRe FoR mORe.. (",)

Wednesday, December 1, 2010

Silent Follower..


Setelah hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan demikian lah, baru aku sadari, dah tiga bulan rupanya aku tak blogging. Mungkin ada yang akan berkata kerana ketiadaan ilham, atau masa yang tidak mengizinkan, atau..macam-macam lagi lah yang boleh diimaginasikan oleh manusia. 

Ya, memang adakalanya kerana aku ketandusan idea. Tapi seringkalinya idea mencurah-curah dalam benakku, hanya masa, tempat dan situasi yang tidak mengizinkan. Lagipun, terkadang aku fobia untuk menulis sebenarnya. Fobia kiranya nukilan aku disalahertikan lagi..ditokok-tambah..dicanang-canang dengan assumption yang direka sendiri ke sana ke mari, dan seringkali pula dijadikan isu untuk bertikam lidah dengan seseorang yang amat aku sayangi iaitu C (bukan nama sebenar). 

HeRe FoR mORe.. (",)

Monday, July 26, 2010

Waktu itu..

Telah hampir sejam berlalu dan selama itu juga lah aku berbaring dengan mata yang terkebil-kebil memandang ke luar jendela. Sesekali terasa angin bertiup masuk melalui jendela itu..terasa dingin sekali pabila ia menyapa pipiku yang kelembapan. Aku masih berjaga..masih tidak dapat melelapkan mata..dan air mata itu masih tidak lagi terhenti. Di kala keseorangan begini, semakin bertalu-talu kenangan bersama-sama insan-insan yang ku kasihi menjenguk kotak ingatan ku..tak tertanggung rasa betapa pedihnya hati ini merindu.
Ibu..ly rindu..ly rindu belaian ibu..ly rindu dakapan ibu..ly rindu dimanjakan ibu..kembalilah ibu......sesungguhnya, tiada yang akan menyayangi ly seperti ibu..hanya ibu lah yang akan menyayangi ly sepenuh hatinya..yang tidakkan sama sekali membelah-bahagikan kasihnya..kerana sayang ibu hanya untuk ly..ibuuuuuuuuu..
HeRe FoR mORe.. (",)

Sunday, July 25, 2010

Aku rindu..

Penantian itu sesungguhnya adalah suatu penyiksaan. Aku tak tahu bagaimana lagi bisa ku pujuk hati untuk memahami situasi ini..


"tak lama, seminggu je.."


Tapi, minggu bertukar minggu..aku masih di sini menanti sendiri..biarpun hampir saban hari air mata bercucuran mengalir di pipi..tanpa mengira waktu dan tempat..aku menanti dengan penuh sabar..menanti dengan penuh harapan..tapi sehingga kini penantian hanya tinggal penantian..
HeRe FoR mORe.. (",)